17 February 2015

Tiada Ganti

Kehilangannya masih terasa. Hiba, sedih dan sayu menatap wajahnya. Walaupon kita hanya sempat berjumpa hanya sekali, itu pon hampir 19 tahun yang lepas, namun auramu kehadiran dalam kehidupanku sebagai salah seorang rakyatmu tetap dirasai. Pergimu tiada ganti. Moga dikau tenang di sana. Perjuanganmu akan ku sambung sedaya mungkin. Menegakkan syiar Islam di bumi ini

Aku cuba membayangkan saat kematian baginda Rasulullah. Bagaimanakah perasaan mereka ketika itu? Aku hanya hilang seorang murobbi, tetapi sahabat telah kehilangan seorang nabi dan sahabat yang rapat dengan mereka. Tak dapat aku bayangkan perasaan kesedihan dan kehibaan mereka. Cerita Bilal yang menangis kerana rindukan Rasulullah turut membuatkan aku menitiskan air mata. Semoga Allah merahmati para sahabat R.A sekalian. 

Air mata ini menitis lagi...

No comments:

Post a Comment