24 September 2013

Boeing 787-9

Prototype Boeing 787-9 telah diterbangkan secara rasminya pada 17 September 2013 yang baru lepas. Ia dikatakan menggunakan kurang 20% bahan api berbanding dengan kapal terbang yang sama saiz dengannya. Ia boleh memuatkan 250 hingga 290 penumpang untuk setiap penerbangan. Penghantaran pesawat yang pertama akan ke New Zealand kerana Air New Zealand adalah pelanggan pertama untuk Boeing 787-9 ini. Ia dijangkakan pada pertengan tahun hadapan!

Berikut adalah senarai pelanggan yang telah menempah pesawat Boeing 787-9 ini. MAS tiada lagi. 





19 September 2013

QS World University Ranking

Berikut adalah senarai universiti yang terhebat di dunia. Cuba kita cari dimana tahap universiti kita?? Bukan niat untuk merendah-rendahkan universiti di negara kita, tetapi sekadar perkongsian ilmiah.

1. MIT (Massachusetts Institute of Technology)
Diasaskan pada 1861 tetapi dibuka pada 1865 bagi memenuhi perkembangan perindustrian di Amerika pada masa itu.
2. Harvard University
Diasaskan pada 1636 di Amerika
Dinamakan bersempana John Harvard (dermawan)
3. University of Cambridge
Diasaskan pada lebih kurang 1209 di United Kingdom
Universiti kedua tertua didunia yang menggunakan bahasa inggeris selepas Oxford.

4.UCL (University College of London)
Diasaskan 1826 di London, United Kingdom
Universiti pertama yang ditubuhkan di London.

5.Imperial College London
Diasaskan 1907
Motto: Knowledge is the adornment and protection of the Empire
Specializing in science, engineering, medicine and business

6. University of Oxford
Diasaskan pada 1096 tetapi tarikh sebenar tidak diketahui. 
Motto di dalam Bahasa Inggeris : The Lord is my Light


7. Stanford University
Diasaskan pada 1891
Motto di dalam bahasa German:  Die Luft der Freiheit weht
(The wind of the freedom blows)


Sekarang kita lihat ranking universiti tempatan pula.

167. Universiti Malaya

269. Universiti Kebangsaan Malaysia
Diasaskan pada 1970 ketika era Tun Razak

355. Universiti Sains Malaysia (1969) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975)
Ranking mereka sama.












04 September 2013

Ozil

Terkejut dengan perpindahan Mesut Özil dari Arsenal ke Real Madrid! Arsene Wenger telah memecahkan rekod pembelian pemain. Selalunya Wenger suka dengan budak-budak. Tapi setelah melihat kabinet piala di Emirates Stadium dah bersawang, dia perlukan seorang yang boleh diharapkan. Mungkin untuk bacakan doa sebelum perlawanan bermula.;) Usaha perlu diselarikan dengan doa. 

P/s aku relakan isteriku untuk menyokong Arsenal kembali kerana dia peminat Özil.