28 January 2015

Dakwah

Imam al-Hasan al-Banna pernah berkata, "sesungguhnya saya sedang menasihati kamu, bukan bererti sayalah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sedikit orang yang memberi peringatan". 

Jangan tunggu jadi ustaz atau ustazah baru nak berdakwah. Tanya pada diri, bila kita nak memulakannya? 

Gunakan cara yang sesuai dengan kemampuan dan kepakaran kita. Allah beri setiap orang berbeza kepakaran. Gunakan ia sebaik mungkin. 

No one can do everything,  
but,
everyone can do SOMETHING!!!

21 January 2015

Nasi Goreng

Waktu makan malam hari isnin.

Isteri  : Abang, sayang masak nasi banyak tu.
Suami: Bakpo yang? (sambil buat muka kehairanan)
Isteri  : Hajatnya nak buat nasi goreng pagi esok.
Suami: K.


Waktu makan malam hari selasa.

Suami: Best nasi goreng sayang pagi tadi.
Isteri  : Best? Sayang mana pulak ni abang? (sambil berkerut)
Suami: Tersenyum....

Semacam di dalam mimpi
Bismillah...

Bersawang blog ni. Dulu sebelum kawin (baca: masa jadi pelajar) rajin update blog. Sekarang sibuk dengan kerja.

Orang tua (Loa Tzu) cakap, " A journey of thousand miles begin with single step". Ini semangat utk aku sekarang.

Apa yang di coletehkan?
Ntah la.
Kita tengok jer la nanti.

Semoga diberikan kekuatan untuk berkongsi apa2 yg dirasakan patut.