25 May 2011

Bola

Aku memang peminat Liverpool FC. Ramai yang mencemuh bila aku cakap aku adalah peminat The Reds. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk terus menyokong pasukan sandarkan pada kenangan ini. Tidak mengapa. Janji aku bahagia.

Aku adalah pelayar setia di Sokernet.blogspot.com. Setiap hari lebih dari 2 kali aku masuk. Bila pasukan yang disayangi dikutuk kaw2 oleh peminat Man Utd, kekadang rasa marah pun ada. Tapi aku anggap itu hanyalah gurauan di sana. kadang2 gelak besar pun ada dengan entry2 yang diorang pos. Ni bukan nk promote sokernet.

Aku juga tidak mempunyai pemain kesukaan. Selepad Pavel Nedved bersara, minat itu dah berakhir. Sekarang hanya minat pasukan sahaja.

Hakikatnya, aku adalah penggemar bola sepak yang ketagih tahap kronik. Setiap Liga kat Eropah aku ada kelab kegemaran. Tapi Liverpool adalah yang tersayang.

Kalau di Bundesliga German, aku minat HSV. Minat ni datang bila tgk Rafael Van der Vaart join mereka. Dan aku pernah pergi tengok game HSV lawan Bayern Munich di Allianze Arena pada tahun 2006 rasanya. Dah lupa. HSV kalah mase tu 1-0. Dan itu juga 1st time masuk Allianze Arena. Teruja amik gamabr dan bukan nk tgk game sgt. Hahahaha...

Serie -A pulak, aku suka Juventus. Sebab ada Nedved mase tu. Tapi bila Nedved dah bersara, kureng dah sikit. Tapi ambil tahu jugak pasal Juventus ni. Aku siap ade Jersey original untuk Juventus ni. Mase tu beli kt UK. Sheffield town. Berapa pound, aku dah lupa. Jersey tu ade kt dlm almari, sayang nk pakai sebab huruf J dah tercabut. Mengamuk jgk dengan mesin basuh masa tu. Tapi x jumpe. Bila pakai jersey tu, juventus dah jadi uventus. Hahahaha.

La Liga pulak tak de minat sangat. Sebab pada masa sebelum Barcelona jadi power mcm ni, memang minat diorang. Teringat zaman Ronaldo dan Rivaldo kat Catalan. Fuhhh....terbaik.

23 May 2011

10 jenis makanan berkhasiat

10 makanan ini yang bukan saja membekalkan tenaga malah mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

1. Tomato - Kaya dengan likopen, karotenoid, vitamin C & vitamin E. Amalkan minum 1/4 cawan jus tomato boleh kurangkan masalah hipertensi (tekanan darah tinggi)

2. Limau gedang – Kaya dengan anti oksida yang membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Amalkan makan diwaktu sarapan pagi —-> limau gedang = grape fruit in english.

3. Susu – Sudah pasti kaya dengan kalsium! Bagus untuk tulang dan gigi. Kalau minum susu berprobiotik (yang ada bakteria hidup tu yer…) dipercayai boleh melegakan rasa tidak sedap perut dan mencegah jangkitan bakteria Staplhylococcuc yang sering menyerang hidung dan telinga —–> boleh juga diganti dengan yogurt

4. Kopi – Memang ada kafein dan jika kita minum sebelum bersenam, ia dianggap wake up call untuk otak kita. Dipercayai boleh kekalkan kecergasan kita 30 minit lebih lama berbanding mereka yang tak minum kopi. Lebih magik, ia membantu tubuh kita membakar lemak dahulu sebelum sumber karbohidrat ketika kita bersenam —–> ada yang minum kopi untuk tahan mengantuk…menjadi ke?

5. Halia – Banyak khasiat halia ni. Antaranya ialah menyembuhkan gejala kurang selera makan, pening kepala, sakit sendi, gatal di tubuh, masalah bengkak, panaskan badan dan membantu proses pencernaan —->; baik rebus dan minum air halia dari kita beli alat kesihatan yang entah apa-apa…

6. Tuna – Kaya protein dan rendah lemak. Makan ketika sarapan pagi dipercayai boleh meningkatkan tahap konsentrasi dan amat baik untuk otak dan jantung

7. Kacang – Amalkan makan segenggam kacang sehari dipercayai boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. Pilihlah kacang yang tidak ditambah garam atau bebas lemak trans —-> masih ada lagi yang takut kalau makan kacang, nanti cepat naik jerawat…

8. Epal – Baik untuk kesihatan paru-paru. Macam yang biasa kita dengarlah “Sebiji epal sehari, menjauhkan kita dari doktor”

9. Makanan tambahan – Oleh kerana gaya hidup yang tak menentu, ramai juga yang perlukan suplemen. Contohnya, pengambilan vitamin B6 dipercayai membantu mengatasi gejala pra-menopaus —–> suplemen mahal? vitamin B6 juga ada dalam pisang, roti bijirin dan kekacang…

10. Pelbagaikan makanan – Asasnya ialah tingkatkan kandungan anti oksida dalam tubuh. Macam mana? Makan makanan yang kaya selenium seperti ayam, telur, kekacang bersama sayur terutamanya dari keluarga kubis —> pelbagaikan menu kita, baru lebih bervariasi dan lebih banyak khasiatnya…




credit:hafiz.com