25 May 2011

Bola

Aku memang peminat Liverpool FC. Ramai yang mencemuh bila aku cakap aku adalah peminat The Reds. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk terus menyokong pasukan sandarkan pada kenangan ini. Tidak mengapa. Janji aku bahagia.

Aku adalah pelayar setia di Sokernet.blogspot.com. Setiap hari lebih dari 2 kali aku masuk. Bila pasukan yang disayangi dikutuk kaw2 oleh peminat Man Utd, kekadang rasa marah pun ada. Tapi aku anggap itu hanyalah gurauan di sana. kadang2 gelak besar pun ada dengan entry2 yang diorang pos. Ni bukan nk promote sokernet.

Aku juga tidak mempunyai pemain kesukaan. Selepad Pavel Nedved bersara, minat itu dah berakhir. Sekarang hanya minat pasukan sahaja.

Hakikatnya, aku adalah penggemar bola sepak yang ketagih tahap kronik. Setiap Liga kat Eropah aku ada kelab kegemaran. Tapi Liverpool adalah yang tersayang.

Kalau di Bundesliga German, aku minat HSV. Minat ni datang bila tgk Rafael Van der Vaart join mereka. Dan aku pernah pergi tengok game HSV lawan Bayern Munich di Allianze Arena pada tahun 2006 rasanya. Dah lupa. HSV kalah mase tu 1-0. Dan itu juga 1st time masuk Allianze Arena. Teruja amik gamabr dan bukan nk tgk game sgt. Hahahaha...

Serie -A pulak, aku suka Juventus. Sebab ada Nedved mase tu. Tapi bila Nedved dah bersara, kureng dah sikit. Tapi ambil tahu jugak pasal Juventus ni. Aku siap ade Jersey original untuk Juventus ni. Mase tu beli kt UK. Sheffield town. Berapa pound, aku dah lupa. Jersey tu ade kt dlm almari, sayang nk pakai sebab huruf J dah tercabut. Mengamuk jgk dengan mesin basuh masa tu. Tapi x jumpe. Bila pakai jersey tu, juventus dah jadi uventus. Hahahaha.

La Liga pulak tak de minat sangat. Sebab pada masa sebelum Barcelona jadi power mcm ni, memang minat diorang. Teringat zaman Ronaldo dan Rivaldo kat Catalan. Fuhhh....terbaik.

No comments:

Post a Comment