10 October 2010

Gourmet


Kini, kami tengah tangkap cintan dengan Drama Korea ini. Kisah berkenaan kehidupan seorang chef muda.

16 May 2010

Hairuddin Omar

Segemen Sukan di TV3 menceritakan mengenai perlawanan Liga Super di antara Selangor dan negeri Sembilan.

orang yang muncul di skrin adalah Hardi Jaafar.

Adawiyah : Abg, bila masa Hairuddin Omar masuk Selangor. Bukan ke dia main utk Kelantan?

Aku dengan "sarcastik" nya menjawab.

Aku : Ada dia beritahu ke Hairuddin main utk Selangor?

Adawiayah : Tak dok. Habis tu, dah kepala dia botak.

Aku : Hahahaha. Bukan semua pemain bola sepak berkepala botak Hairuddin Omar.

Adawiyah : Maluuuu.....

12 May 2010

IP Adresse

Di kedai VCD dekat Danau Kota.

Adawiyah : Bang, ade cerita IP Adresse la.

Aku : Citer ape Yang? IP Adresse? Cerita apekah itu?

Adawiyah : Ala, cerita yang no. 2 baru keluar.

Aku mula berfikir. Cerita Ip Adresse? Ada ke?

Aku : Hahahahahaha. Bukan Ip Adresse la. Ip Man 2.

Adawiyah : Hahahaha. Maluuu....

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku ketawa teringatkan Ip Adresse.

22 April 2010

Blackberry

Aku: Yang, ni laptop abg kan?

Adawiyah : Haah. Sayang bagi present untuk abang kan.

Aku: Oooo.

Adawiyah : Sayang nak Blackberry boleh?

Aku: Blackberry?! nak yang sekilo ker setengah kilo?

Adawiyah : Ape abang ni? Main kilo-kilo ni?

Aku: Hihihihi.

Adawiyah : Jahat tau!! Bukan nak kek laa. Handphone Blackberry laaaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku: Aduiii!!!!

Satu cubitan hinggap di lengan aku.

20 April 2010

Teluk Danga

Aku : Tahu tak Teluk Danga kat mane?

Adawiyah : Tak tahu.

Aku : Pernah dengar Danga Bay tak?

Adawiyah : Pernah.

Aku : Tahu tak kat mane Danga Bay tu?

Adawiayh : Tahu. Johor.

Aku : Teluk Danga tak tahu, tapi Danga Bay tahu????

Aku mula berfikir. Bukan ker sama jer?????

28 February 2010

Sumbang

Suatu malam di hujung minggu.

Cik Adawiyah : Ape abang hendak sumbangkan kepada negara, agama dan bangsa?

Aku : Abang nak menyumbangkan diri abang.

Cik Adawiyah : Hahahahha

23 February 2010

Panggilan Alam

11:32PM

Click! Bunyi sms masuk ke telefon aku.

Aku ambil dan unlock phone dan menatap mesej pendek yang aku terima.

Di skrin telefon : "Bang, syg blk kul 12"


11:50PM

Melalui speaker telefon

"Yang, lambat sikit, abg nk jawab panggilan alam dulu."


**Bukan panggilan alam, tp panggilan TV3 - TERJAH!!!!

12 February 2010

LOSER

Aku : CIK Adawiyah, nak tahu tak satu perkara.

CIK Adawiyah : Yer, ada ape?

Aku : Tadi masa saya mengajar, saya ade tersalah cakap.

CIK Adawiyah : Ape perkataan hari ini?

Aku : LOSER (aku sebut loo-ser)

CIK Adawiyah : (Senyum bermakna)

Aku : (Cis! Cis!)Dalam hati.


*Loser sepatutnya di sebut luu-ser.

07 February 2010

Server Down

Aku : Kenapa la internet slow sangat ni.

CIK Adawiyah : Cuba abg tengok dah berapa bite abg download?

Aku : Baru 2GB.

CIK Adawiyah : Yer la tu. Memang laa slow.


Aku : (dlm hati)Ingatkan server down.



*CIK Adawiyah kerja kat Celcom dan aku guna Celcom Broadband.

06 February 2010

Milo Ais Tabur

Dah masuk minit ke 64. Aku baru melangkah masuk.

Tidak ramai sangat peminatnya. Tidak seperti game setan merah.

Pasti ramai.

Kami mendahului. Alhamdulillah

Selepas 26 minit,

Aku : "Lamenya masa tambahan. 5 minit tuuuh".


Selepas 6 minit,

Aku :"Anne, kira. Milo ais tabur".

Pakwe

Situasi di klinik gigi Dr.Azlina


Aku melangkah pergi dengan membawa kedu-dua helmet keluar dari Klinik tersebut.


Jururawat :CIK Adawiyah, pakwe CIK dah balik.

Isteri : (senyum)


*ia seperti yang diceritakan oleh CIK Adawiyah.