Aku cuba membayangkan saat kematian baginda Rasulullah. Bagaimanakah perasaan mereka ketika itu? Aku hanya hilang seorang murobbi, tetapi sahabat telah kehilangan seorang nabi dan sahabat yang rapat dengan mereka. Tak dapat aku bayangkan perasaan kesedihan dan kehibaan mereka. Cerita Bilal yang menangis kerana rindukan Rasulullah turut membuatkan aku menitiskan air mata. Semoga Allah merahmati para sahabat R.A sekalian.
Air mata ini menitis lagi...