Setelah penat mengajar dan mengerah otak yang genius itu, maka seorang guru yang comel dan menarik membuka ruang untuk pelajarnya berehat sebentar. Tapi bukan bersama Kit Kat.
Guru : Korang nak tahu tak?
Murid: Apa cikgu? (sambil mata agak terbeliak dan perasaan ingin tahu membuak-buak)
Guru : Fakta yang cikgu reka sendiri. Rasanya mengikut keadaan sekarang, 1/100 lelaki yang tak tgk blue.
Murid : ????? (Dalam hati: apa cikgu aku ni mengarut??)
Guru: Korang nak tengok blue tak?
Lantas dikeluarkan iPhone 4s nya yang beriOS 8 dan yang kuat makan data. Sebelum ni tak pernah habis kuota 2GB sebulan semasa beriOS 7.
Murid perempuan ; Ishk cikgu ni....
Murid lelaki: Senyum kambing....
Guru : Hah! Ni blue sambil menayangkan skrin iPhone 4s nya kepada pelajarnya..
Murid: .???????....... (apa jenis lawak la cikgu ni)