15 September 2012

Success - Pregnant

Waaah, sudah lama tidak berblog. Rindu rasanya. Sejak bertukar kerja, makin sibuk dibuatnya. Dahulu hanya menurut dan kadang-kadang sahaja memberikan idea, sekarang segalanya atas pemikiran aku. Masih bekerja dengan orang, tapi tanggungjawab semakin besar bersama upahnya. Alhamdulillah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Aku pernah berdoa kepadaNya dengan doa yang seperti berikut, kerana liriknya betul-betul membuatkan aku insaf dan sedar. Hanya ingin berkongsi dengan pembaca di luar sana.

        "Tuhan...aku belum nampak akan kebaikan disebalik kesedihan ini dengan ilmuku yang sangat terbatas.TAPI aku YAKIN YA ALLAH, ilmuMu Maha Luas. Pasti ada kebaikan yang masih terlindung di sebalik musibah ini yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan".

Doa ini aku sudah lupa dari mana datangnya. Sama ada dari majalah atau pun dari internet. Di sini juga ingin aku kongsikan satu gambar yang ada benarnya. Sekian.

kredit:9GAG.com

No comments:

Post a Comment