27 September 2012
Capital One Cup
26 September 2012
29th.
Alhamdulillah. Tahun depan dah cecah angka 3 kat depan usia. Semoga tahun terakhir bergelar remaja 20-an akan dipenuhi dengan rahmat dan berkatNya. Thanks to all for the wishes and also the gift. Love U all.
Pengadil yang kurang adil
Aku tetap nak salahkan pengadil Mark Halsey. Dia telah membuat onar dan mengacau mood dan suasana perlawanan yang menarik. Kenapa setiap kali game best macam ni, mesti ada sahaja yang mengacau?! Walaupun pasukan yang aku sokong tewas di tangan musuh tradisi. Tapi aku masih percaya yang Liverpool akan bangkit. Itu ramalan aku. Setiap pasukan ada kitaran hidup masing-masing. YNWA!!!
15 September 2012
Success - Pregnant
Waaah, sudah lama tidak berblog. Rindu rasanya. Sejak bertukar kerja, makin sibuk dibuatnya. Dahulu hanya menurut dan kadang-kadang sahaja memberikan idea, sekarang segalanya atas pemikiran aku. Masih bekerja dengan orang, tapi tanggungjawab semakin besar bersama upahnya. Alhamdulillah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Aku pernah berdoa kepadaNya dengan doa yang seperti berikut, kerana liriknya betul-betul membuatkan aku insaf dan sedar. Hanya ingin berkongsi dengan pembaca di luar sana.
"Tuhan...aku belum nampak akan kebaikan disebalik kesedihan ini dengan ilmuku yang sangat terbatas.TAPI aku YAKIN YA ALLAH, ilmuMu Maha Luas. Pasti ada kebaikan yang masih terlindung di sebalik musibah ini yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan".
Doa ini aku sudah lupa dari mana datangnya. Sama ada dari majalah atau pun dari internet. Di sini juga ingin aku kongsikan satu gambar yang ada benarnya. Sekian.
kredit:9GAG.com

Subscribe to:
Posts (Atom)