Das Leben ®
No one can do everything but Everyone can do something
22 September 2018
17 September 2015
Jerebu dan Sombongnya manusia
Aku : Yang, sejak jerebu ni, ramai yg sombong ngan abg.
Isteri : Kenapa abg cakap macam tu?
Aku : Ye la. Apabila abg senyum kat jiran2 atau orang yg kat luar ni, diorang buat tak tahu je. Macam sombong.
Isteri : Abang ade buat salah dengan diorang kot?
Aku : Buat salah apa? Tak perasan la plak.
Isteri : Abg senyum macam mana?
Aku : Macam ni.....
17 February 2015
Tiada Ganti
Kehilangannya masih terasa. Hiba, sedih dan sayu menatap wajahnya. Walaupon kita hanya sempat berjumpa hanya sekali, itu pon hampir 19 tahun yang lepas, namun auramu kehadiran dalam kehidupanku sebagai salah seorang rakyatmu tetap dirasai. Pergimu tiada ganti. Moga dikau tenang di sana. Perjuanganmu akan ku sambung sedaya mungkin. Menegakkan syiar Islam di bumi ini.
Aku cuba membayangkan saat kematian baginda Rasulullah. Bagaimanakah perasaan mereka ketika itu? Aku hanya hilang seorang murobbi, tetapi sahabat telah kehilangan seorang nabi dan sahabat yang rapat dengan mereka. Tak dapat aku bayangkan perasaan kesedihan dan kehibaan mereka. Cerita Bilal yang menangis kerana rindukan Rasulullah turut membuatkan aku menitiskan air mata. Semoga Allah merahmati para sahabat R.A sekalian.
Air mata ini menitis lagi...
06 February 2015
Isis
Kenapa Al-Qaeda tak pernah sentuh bumi Israel? Asyik Pakistan dan Afghanistan.
Sungguh licik dan maju pemikiran mereka.
Isis bagi aku adalah singkatan Israeli secret intelegence service.
Sekadar terfikir seketika.
04 February 2015
Lawa
Seorang suami sedang mencabut uban isterinya di ruang tamu sambil bertemankan Nightline yg sedang bersiaran di TV3.
Keluar berita berkenaan seorang pelajar UiTM yang cantik yang maut dikelar oleh seorang kawan lelakinya yang sangat tidak berperikemanusiaan. Semoga Allah merahmati roh si arwah. Amin.
Suami: Kesiannya.
Isteri : Haah.
Suami : Abang bersyukur.
Isteri : kenapa?
Suami : Bersyukur dikurniakan isteri yg tak cantik macam dalam tv tu.
Isteri : Apa???
Suami : Auchhh!! Sakit~~~~(sambil mengilai ala2 ponti Suhaimi Baba)
Subscribe to:
Posts (Atom)